MB Terengganu harap peruntukan RMK13 RM611 bilion dapat bangunkan semua negeri

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berharap dengan jumlah peruntukan RMK13 sebanyak RM611 bilion, iaitu peningkatan sehingga 52.7 peratus berbanding peruntukan RMK12, jumlah ini diharap dapat dioptimumkan sebaik mungkin bagi pembangunan semua negeri di Malaysia.

Kata Naib Presiden Pas itu, reformasi amalan federalisme antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seharusnya menjadi antara fokus utama dalam usaha mengimbangi pembangunan antara wilayah memandangkan tumpuan reformasi di dalam RMK13 dilihat hanya berpaksikan pendekatan pemusatan kepada sektor tertentu.

“Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) kelmarin merupakan permulaan perancangan pembangunan bagi Malaysia dalam jangka masa sederhana iaitu bagi tempoh lima tahun bermula daripada 2026 sehingga 2030.

“Saya yakin dan percaya Ahli Parlimen PN akan membahaskan isu-isu di dalam RMK13 dengan memberikan komentar yang bernas dan cadangan penambahbaikan yang realistik kepada strategi sedia ada dalam ruang perbahasan yang terhad bermula minggu hadapan.

“Kepada pihak kerajaan, saya mengharapkan reformasi institusi dan demokrasi benar-benar dapat diamalkan dalam menerima apa-apa teguran dan cadangan yang baik demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia,” saran Ahli Parlimen Kemaman itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat