Pengebom Marathon Boston, Terlepas Hukuman Mati

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Hukuman mati terhadap pengebom Boston Marathon, Dzhokhar Tsarnaev telah diketepikan Mahkamah Rayuan Boston.

Tsarnaev membantu melakukan serangan pada tahun 2013 yang mengorbankan tiga orang dan mencederakan lebih dari 260 yang lain.

Bersama abangnyanya, Tsarnev melancarkan sepasang bom periuk buatan sendiri dekat garisan penamat perlumbaan terkenal di dunia itu, meletup di tengah-tengah orang ramai dan menyebabkan banyak orang kehilangan anggota badan.

Mahkamah Rayuan Pertama A.S. di Boston membenarkan sebahagian besar sabitan ke atas Tsarnaev tetapi memerintahkan hakim mahkamah lebih rendah untuk mengadakan perbicaraan baru dengan keutamaan untuk menentukan hukuman lain yang harus dijatuhkan ke atas Tsarnaev, bagi jenayah yang selayaknya dihukum mati.

Jurucakap Peguam A.S. Andrew Lelling berkata, bahawa pejabatnya sedang mengkaji semula keputusan itu dan akan membuat lebih banyak kenyataan berhubung perkara tersebut “dalam beberapa hari dan minggu akan datang.”

Seorang peguam untuk Tsarnaev tidak segera melayan permintaan untuk memberi komen – The Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat