Penganalisis Politik Saman 10 Pemimpin DAP

- Advertisement -

Penganlisis politik yang juga merupakan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusof, telah menyaman sepuluh pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), sepuluh pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dan dua Portal Berita.

Dalam catatan Facebooknya hari ini menyenaraikan mereka 22 defendan dalam writ saman beliau yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 28 Julai lalu.

Berikut ialah nama-nama yang dipaparkan oleh Dr Kamarul Zaman:

10 pemimpin/ahli DAP :
1. Lim Kit Siang.
2. Teresa Kok Suh Sim.
3. Chong Chieng Jen.
4. Wong Kah Woh.
5. Lim Lip Eng.
6. Ramasamy A/L Palanisamy.
7. Syerleena Binti Abdul Rashid.
8. Arifin Bin S M Omar.
9. Abdul Aziz Isa Bin Marindo.
10. Mohd Farid Bin Mohd Azmi.

10 pemimpin/ahli AMANAH:
1. Mujahid Bin Yusof Rawa.
2. Khalid Bin Abdul Samad.
3. Mohamed Hanipa Bin Maidin.
4. Zolkharnain Bin Abidin.
5. Jamzuri Bin Ardani.
6. Mohd Fitri Bin Asmuni.
7. Wan Anwar Bin Wan Ibrahim.
8. Siti Fatihah Binti Salahuddin.
9. Abdul Rahman Bin Abdul Talib (Tulang Besi).
10. Hussin Bin Jan.

Dua portal berita :
1. Dateline Media Group Sdn Bhd dan Arif Bin Atan (dari portal berita Malaysia Date Line).
2. MKini DotCom Sdn Bhd dan Steven Gan (dari portal berita Malaysia Kini).

Dr Kamarul Zaman turut mengingatkan semua defendan bahawa beliu tidak akan sama sekali merasa gentar mahupun berundur walaupun mereka diwakili oleh para peguam yang mempunyai nama-nama besar.

Pada awal Jun lalu Suara TV melaporkan Dr Kamarul Zaman telah diberi ingatan oleh UUM supaya berhenti mengulas hal politik melalui media sosial kerana banyak aduan terhadap ulasan politik beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat