Trump Mahu Haramkan Tik Tok

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Presiden Donald Trump malam semalam berkata beliau akan melarang aplikasi video pendek pendek TikTok yang popular, dari beroperasi di Amerika Syarikat, seterusnya menolak kemungkinan perjanjian Microsoft membeli aplikasi tersebut dari syarikat induknya di China.

“Berkenaan dengan TikTok, kami melarang mereka dari beroperasi di Amerika Syarikat,” kata Trump kepada wartawan ketika menaiki Air Force One.

Trump berkata bahawa beliau boleh menggunakan kekuatan ekonomi darurat atau perintah eksekutif. Tidak jelas bagaimana rupanya perintah itu nanti.

“Baiklah, saya mempunyai kuasa itu,” katanya.

Hari Jumaat sebelumnya, pihak yang menangani masalah tersebut dalam pentadbiran Trump, mengharapkan Presiden untuk menandatangani perintah bagi memaksa ByteDance, syarikat China yang memiliki platform media sosial tersebut, untuk menjual operasi TikTok ke AS, menurut sumber yang tahu mengenai perkara itu.

Langkah itu bertujuan untuk menyelesaikan kebimbangan para pembuat dasar bahawa TikTok – yang dimiliki kerajaan negara asing, mungkin merupakan risiko kepada keselamatan negara – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat