Anwar Rayu Pengundi Johor Beri Mandat Kepada Calon Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim merayu pengundi Johor supaya memberikan mandat kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH) untuk memimpin negeri itu bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Anwar berkata mandat yang diberikan rakyat akan dipikul dengan penuh tanggungjawab sekiranya PH diberi kepercayaan membentuk kerajaan negeri.

“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon-calon HARAPAN untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Insya-Allah, amanah ini akan dipikul dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut memetik ayat 58 Surah An-Nisa yang menekankan tanggungjawab menyampaikan amanah kepada pihak yang berhak serta berlaku adil dalam membuat keputusan.

Kenyataan itu dibuat sebagai sebahagian daripada kempen Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan gabungan tersebut berusaha mendapatkan sokongan pengundi untuk membentuk kerajaan negeri.

Anwar turut mengakhiri hantaran tersebut dengan slogan kempen, “Johor Ke Depan. Undi HARAPAN.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat