Saraya Arbi Ketua Setiausaha MOTAC Yang Baharu

- Advertisement -

PUTRAJAYA:  Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Saraya Arbi dilantik Ketua Setiausaha kementerian itu yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mengumumkan perkara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Saraya, 59, adalah berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang memegang beberapa jawatan dalam pelbagai bidang.

Saraya pernah memegang jawatan dalam bidang sumber manusia dan perancangan dasar dan strategik terutama di Jabatan Perkhidmatan Awam dan MOTAC.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimilikinya, beliau dapat memacu sektor pelancongan dan kebudayaan Malaysia sebagai antara penyumbang utama kepada ekonomi negara,” kata Mohd Zuki.

Saraya telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik bermula pada 1 Ogos 1989 dan mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Am dari Universiti New York, Amerika Syarikat.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat