Lepas ‘gian’ berhibur

- Advertisement -

BAIK penyanyi mahupun peminat, kedua-duanya ternyata ‘gian’

berhibur selepas dua tahun tidak berpeluang melakukannya.

Justeru mereka benar-benar ‘lepas gian’ pada Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Datuk M Nasir yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.

Konsert itu berjaya menarik kehadiran 500 peminat yang kebanyakannya datang bersama keluarga untuk berhibur dalam

‘mood’ Hari Raya sambil menikmati juadah disediakan.

Seperti kita sedia maklum, penyanyi yang bergelar ‘sifu’ ini k

urang bercakap dengan penonton, namun bijak memenangi hati mereka dengan cara lain.

Beliau tampil membuka pentas menerusi medley Halaman Asmara, Raya Sedondon dengan diiringi penyanyi latarnya.

Kemunculannya mendapat tepukan gemuruh peminat yang amat dahagakan persembahan memukaunya seperti dulu.

Persembahan disambung seterusnya dengan lagu Salam Dunia, Melawan Arus dan Di Jalan Sesat.

 

PEMINAT berkumpul di depan pentas menyanyi bersama M Nasir.

 

Momentum persembahan ketika ini agak sederhana dan situasinya seperti semuanya agak panas untuk berhibur.

“Peminat yang agak panas, bukan saya,”

katanya yang bergurau apabila menyedari situasi berlaku.

Beliau kemudian meneruskan persembahan dengan lagu Hijab Kekasih, membuatkan semua penonton menghayati lagu kemelayuan dengan lirik memukau ini.

Suasana terus berubah selepas itu apabila M Nasir menyanyikan lagu keramatnya Apokalips yang turut sama dinyanyikan oleh peminat. Dia juga mula turun ke pentas mendekati penonton.

Beberapa lagu lain yang turut disampaikan antaranya Kepadamu Kekasih, Bonda, Keroncong Untuk Ana, Mustika dan Phoenix Bangkit.

Suasana semakin gamat apabila M Nasir meminta peminat datang berkumpul di depan pentas untuk bergoyang menerusi lagu Raikan Cinta yang seolah-olah menjadi kemuncak konsert.

 

KEMUNCULAN ‘sifu’ mendapat tepukan gemuruh peminat.

 

Bagaimanapun, persembahannya tidak berhenti di situ apabila beberapa lagu seterusnya iaitu Juwita, Suatu Masa, Ada dan Sentuhan Listrikmu dinyanyikan.

Menepati tema, lagu Suatu Hari Di Hari Raya disampaikan sebagai penutup konsert yang meninggalkan kenangan manis kepada peminat.

Penonton sekali lagi berkumpul di depan pentas untuk menyanyi bersama-sama penyanyi pujaan mereka.

Konsert berkenaan dianjurkan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) bersama rakan kongsi, Roman Abdi Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd.

Konsert terbabit juga adalah persembahan amal bertujuan untuk membantu Irama menyantuni penggiat seni yang kurang bernasib baik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat