HP lancar laptop produktiviti ZBook Firefly

- Advertisement -

Jenama komputer serta laptop terkemuka, HP Inc Malaysia memperkenalkan ZBook Firefly G9 baharu untuk golongan profesional kreatif dan pengguna tegar yang memerlukan prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan untuk bekerja dengan cekap sambil menyempurnakan tugas di mana-mana sahaja.

Pekerja kreatif mahukan keupayaan bekerjasama dengan mudah dan menzahirkan idea mereka di mana sahaja mereka berada.

ZBook Firefly G9, yang dilengkapi dengan pemproses Intel Core™ Gen Ke-12 memberikan kuasa dan prestasi yang diperlukan oleh pengguna yang sentiasa bergerak ke sana sini untuk mereka cipta dan menyemak semula karya masing-masing.

Pengarah Urusan HP Inc Malaysia, Alex Tan berkata, golongan profesional kreatif mahukan peranti dan perisian yang memberikan kebebasan untuk mereka mengejar kecemerlangan dalam minat mereka dan menyerlahkan kreativiti reka cipta tanpa kekangan teknologi atau lokasi.

“Siri Z by HP pada hari ini menggabungkan teknologi terkini dengan ciri-ciri serba boleh sebuah ekosistem tersepadu untuk merealisasikan setiap idea kreatif.

“HP ZBook Firefly G9 dilengkapi dengan pemproses Intel Core™ Gen Ke-12 berlandaskan teknologi hibrid, menawarkan komputer stesen kerja prestasi tinggi kepada golongan karyawan yang perlu memanfaatkan sepenuhnya keupayaan sistem mereka,” katanya.

Laptop HP ZBook Firefly G9 dilengkapi skrin 16:10 HP DreamColor, yang disediakan dalam  saiz 14 atau 16 inci.

Prestasi tahap profesional ini digabungkan dengan ciri mudah alih sebenar dalam komputer riba yang mantap dan berkuasa, membantu pengguna kekal produktif dengan komponen gred profesional, kamera web dinaiktaraf dengan Kecerdasan Buatan (AI) dan paparan warna tepat.

Ia paling ringan iaitu hanya seberat 1.47 kg, HP ZBook Firefly G9 adalah laptop stesen kerja paling mudah dibawa dan memang dirangka untuk pergerakan.

Dilengkapi dengan pemproses Intel Core™ generasi seterusnya GPU komputer riba NVIDIA T550 atau NVIDIA RTX™ A500 dan memori sehingga 64GB DDR5.

HP ZBook Firefly G9 mampu mengendalikan sejumlah besar fail serta aplikasi pro secara serentak tanpa sebarang masalah membolehkan pengguna melakukan berbilang tugasan dan bekerja secara produktif.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat