Agong, Permaisuri Berkenan Berangkat Ke Majlis Aidilfitri Keluarga PEKAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) di sini hari ini.

Baginda berdua meluangkan masa hampir dua jam di majlis berkenaan untuk beramah mesra dengan anak-anak Pahang yang hadir.

Seri Paduka turut menyampaikan sumbangan kewangan hasil kerjasama julung kali Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan PEKAP kepada 28 asnaf anak-anak Pahang Wilayah Persekutuan pada majlis itu.

Menerusi kerjasama itu, PEKAP diamanahkan MAIWP untuk menyampaikan sumbangan berjumlah RM260,100 kepada asnaf anak-anak Pahang Wilayah Persekutuan.

Majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 jemputan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib yang juga Ahli Parlimen Maran serta penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat