Segera Jalani Pemeriksaan Jika Bergejala atau Kontak Rapat Positif Covid – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai segera menjalani pemeriksaan sekiranya mempunyai gejala Covid-19 atau kontak kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya ujian RT-PCR atau RTK-Antigen didapati positif, mereka perlu memaklumkan kepada KKM.

“Pemakluman boleh dibuat menerusi notifikasi kendiri di aplikasi MySejahtera atau ke pejabat kesihatan daerah berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, keputusan ujian perlu dibawa ketika hadir ke pusat penilaian Covid-19 (CAC) untuk penilaian lanjut.

“Senarai CAC boleh didapati di laman sesawang http://covid-19.moh.gov.my/hotline,” katanya.

Beliau berkata, kementerian akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Orang ramai diingatkan terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat