Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Di Pahang Semakin Turun

- Advertisement -

KUANTAN – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di beberapa kawasan di negeri, mula menunjukkan hasil apabila kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 menurun kepada 1.17 hari ini.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, berkata kes COVID-19 di Kuantan juga semakin menurun, berbanding sebelum pelaksanaan PKPD.

“Pagi tadi saya ada melihat bacaan R-naught untuk Pahang, iaitu pada kadar 1.17 dan ini bukan paling tinggi di Malaysia kerana sebelum ini, kita pernah mencatatkan nilai Rt 1.26 iaitu tertinggi di Malaysia.

“Ini jelas membuktikan PKPD yang kita laksanakan menunjukkan kemajuan yang banyak. Namun, apa yang lebih penting ialah kerjasama semua lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pemberian sarapan kepada kepada golongan rentan dan gelandangan, di sini hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Hamdan Hussin dan Setiausaha majlis, Datuk Hamiza Hamzah.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang meminta rakyat di daerah ini terus bersabar dalam masa beberapa hari lagi dengan terus menjaga SOP.

“Saya juga ingin menyeru kepada semua rakyat di negeri ini untuk mendaftar, bagi menerima vaksin COVID-19 dengan segera. Masyarakat gelandangan di sini pun sudah hampir 90 peratus mendaftar. Jadi, orang lain perlu rasa tercabar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Pahang mencari inisiatif untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan gelandangan dalam memastikan mereka dapat menjalani kehidupan baharu. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat