Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin rayu sumbangan orang ramai bantu bina semula Gaza – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah hari ini secara maya telah melancarkan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) sebagai tanda solidariti dan mencukupkan keperluan rakyat Palestin yang dihimpit konflik Israel- Palestin.

Menerusi siaran langsung Facebook Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjalin kerjasama bagi mengutip sumbangan untuk dihantar ke Palestin sebagai tanda solidariti Malaysia terhadap negara Islam tertindas itu.

Kata Hishammuddin Malaysia sentiasa teguh dan konsisten di belakang Palestin dalam mendepani kekejaman Israel.

“Malaysia tidak akan pernah berhenti bersuara serta menggunakan ruang dan saluran yang ada bagi menekan Israel. Suara desakan rakyat Malaysia bergema seluruh dunia menghentam kekejaman Israel ke atas Palestin.

“Saya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mengambil bahagian dalam usaha pengecaman terhadap Israel yang telah mengakibatkan kemusnahan teruk negara Palestin.

“Saya mewakili Wisma Putra senada dengan Tunku Puteri Intan Safinaz senada mendukung penuh gencatan senjata di Gaza,” katanya.

Hishammuddin menambah situasi genting di Gaza ketika ini sangat memerlukan bantuan kemanusiaan dari negara Islam lain di dunia, jadi katanya Malaysia teguh dan utuh cuba menyediakan semua keperluan kepada rakyat Palestin termasuk usaha pembinaan semula Gaza.

“Hari ini saya berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran tabung kemanusiaan ini atas inisiatif Kementerian Luar, Bulan Sabit Merah dan semua organisasi yang terlibat menyumbang kepada bantuan ini.

“Kita pilih BSMM kerana mereka amat dekat dan arif tentang keperluan dan sitausi di Palestin bagi memudahkan kita menyediakan bentuk bantuan. Malah mereka telah berjaya menghantar sumbangan ambulans, ubat-ubatan, perkakas perubatan dan bantuan rawatan ke Gaza.

“AAKRP ini dikendalikan dengan penuh amanah dan telus, kita akan maklumkan dari semasa ke semasa ke mana wang sumbangan itu disalurkan,” jelas Hishammuddin.

Penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel pada ketika ini amat memerlukan bantuan perubatan susulan peningkatan jumlah mereka yang cedera dan terkorban.

Kapasiti fasiliti kesihatan di Gaza kritikal sebelum pandemik Covid-19 lagi dan ia semakin parah selepas pihak Zionis melakukan serangan.

Bahkan selepas musnah akibat perang, rakyat Palestin juga berdepan krisis air bersih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat