MKN Setuju Kilang Minuman Keras Tutup Semasa PKP Penuh – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sebagai makluman kesemua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0.

Menurutnya walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas dengan minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan dengan itu, MKN (Majlis Keselamatan Negara) hari ini bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) hari ini.

Media melaporkan semalam tular di laman sosial sekeping imej menunjukkan sekeping surat didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang memberi kebenaran operasi kepada sebuah syarikat pengeluar arak, namun kesahihan surat berkenaan tidak dapat disahkan sehingga kini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat