Armada Biadap, UMNO Tidak Berminat WhatsApp Group dengan Bersatu – Shahril Hamdan

- Advertisement -

CYBERAJAYA – Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menyifatkan serangan melulu exco Armada Saiful Bahari ke atas Ketua Pemuda UMNO, Datu Asyraf Wajidi Dusuki sebagai bukti kedua-dua parti tersebut tidak akan duduk sekali dalam pilihan raya umum nanti.

Menurut Shahril, pembabitan UMNO dalam Kerajaan sudah dijelaskan rasionalnya dan masing-masing meletakkan kepentingan negara di hadapan. Bila tiba masa keluar, keputusan akan dibuat.

“Bagi yang mempersoal “tak ada WhatsApp group ke” atau “korang bukan satu geng PN ke” – ini satu lagi bukti memang kami dalam UMNO bukan satu kapal dengan mereka,” tulis Shahril dalam akaun Facebooknya sebentar tadi.

“Tapi hendak mesra bersama parti yang panggil pemimpin parti kami “otak di lutut”, yang pernah gah mengumumkan “masa UMNO sudah berakhir”, yang kalau dikritik sikit terus hendak memberontak – tidak sama sekali. There is no WhatsApp group.”

Tulisan Shahri ini sebagai menjawab serangan Saiful Bahari yang menganggap tulisan Asyraf menuntut penjelasan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Azmin Ali, mengenai sektor yang dibenarkan beroperasi sebagai otak di lutut.

Semalam, Asyraf menggesa Azmin menjelaskan kewajaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menentukan sektor yang dianggap perkhidmatan penting untuk beroperasi.

Asyraf malah menuntut Azmin menjelaskannya secara langsung melalui sidang media, bukan sekadar melalui kenyataan media bertulis. Pemuda Umno antaranya mempertikaikan kebenaran operasi kepada kilang elektronik dan elektrikal.

Shahril Hamdan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO turut menjelaskan kenyataan ketuanya meminta penjelasan Azmin adalah sesuatu yang normal dan memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat.

“Yang kita faham melalui kenyataan media, selain sektor “essential” seperti makanan dan sebagainya, aktiviti berkepentingan dalam rantaian bekalan global juga dibenarkan. Tapi, tentulah kita berminat tahu perinciannya – contoh, apa aktiviti yang diklasifikasi sebagai berkepentingan dengan rantaian bekalan global? Barangkali hampir semua kilang pun ada dalam sesuatu rantaian nilai bekalan. Sebab itu namanya kilang.”

Justeru menurut Shahril, meminta Menteri Ekonomi muncul memberi penjelasan adalah wajar kerana terlalu banyak persoalan dan SOP berkaitan sektor dan industri yang selama ini tidak dijelaskan oleh pemimpin yang diamanahkan.

“Sampai bila nak taichi semua benda yang rumit ke Menteri Keselamatan?” tanya Shahril.

Shahril turut mengingatkan Armada bahawa kekhuatiran berkenaan kluster kilang adalah benar dan disokong oleh data. Jadi adalah wajar untuk Pemuda UMNO mempertikai kelonggaran kepada operasi kilang.

“Menteri boleh jawab dan jelaskan – perlu buka yang ini atau yang itu demi kepentingan A, B dan C. Itu memang antara kerja Menteri rasanya. Kerja menjelaskan yang diminta. Ketua Pemuda UMNO tidak pun menggelupur minta semua kilang terus ditutup. Kenapa Pemuda Bersatu nak marah sangat?”-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat