PH Jatuh Kerana Presiden Bersatu Kerjasama Dengan Pencuri Untuk Jadi PM – Dr Mahathir

Tak Perlu Kecamuk Dalam UMNO, Sampai Masa Pilihlah Pemimpin Yang Disukai – Tok Mat

KUALA LUMPUR - Sekian lama bungkam Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersuara mengulas ribut melanda parti. Menurut beliau tidak perlu membiarkan parti berkecamuk...

PM Lawat Hospital Bersepadu MAEPS

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa melawat Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 di Serdang...

16,662 Daripada 53,357 Banduan, Tahanan Positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Jangkitan Covid-19 di dalam pusat tahanan, penjara atau depot tahanan imigresen bukan sahaja dalam kalangan banduan, tetapi turut membabitkan petugas yang...

PAS Akan Pastikan MN, PN Tetap Bersama Hadapi PRU15 – Abdul Hadi

SHAH ALAM - Pas akan memastikan gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) akan bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Presiden...

Agong Titah Semua Rakyat Ketepikan Perbezaan Bagi Perangi Covid-19

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan, supaya rakyat mengetepikan perbezaan politik, bangsa dan agama, bagi memerangi COVID-19...

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti yang ditubuhnya pada 7 September 2016 akan hancur tidak lama lagi.

Dalam satu entri di blognya, Mahathir yang masih menggelar dirinya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beralasan kehancuran itu berpunca daripada kerjasama parti itu dengan UMNO.

“Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat? Oh. Itu ikrar sahaja untuk dapat sokongan pengundi. Sekarang sudah dapat lupakan sahaja.

“Dengan ini Bersatu akan hancur!! Dengan itu perjuangan untuk selamatkan orang Melayu dari pemimpin kleptokrat jadi apa?

“Itu masalah Bersatulah. Asalkan kita dapat nikmat okaylah,” katanya.

Bersatu kini berdepan perpecahan apabila terdapat satu pihak menyokong Mahathir dan satu lagi menyokong presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia diburukkan lagi apabila Mahathir dan empat lagi pemimpin parti itu dilucutkan keahlian minggu lalu.

“Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit kerajaan.

“Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit kerajaan.

“Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka.

“Apabila menang Presiden Parti Bersatu (Muhyiddin) rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan.

“Dengan sokongan pemimpin pencuri, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional,” kata Mahathir lagi.

Pada Februari lalu, Muhyiddin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan kerjasama UMNO dan Pas.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan