Pemandu Grand Livina Mengaku Tidak Bersalah Memandu Mabuk Dan Sebabkan Kematian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemandu Nissan Grand Livina yang menjadi viral melanggar seorang penghantar makanan sehingga menyebabkan kematian, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Lelaki tersebut dituduh memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan, awal pagi tadi.

Tertuduh, Khor Yong Zhang, 20, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badan sebanyak 161 mg/100 ml iaitu melebihi 81 mg/100 ml daripada had yang ditetapkan sebanyak 80 mg/100 ml.

Share

Tweet

Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]

PEMANDU Nissan Grand Livina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan, awal pagi tadi.

Tertuduh, Khor Yong Zhang, 20, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badan sebanyak 161 mg/100 ml iaitu melebihi 81 mg/100 ml daripada had yang ditetapkan sebanyak 80 mg/100 ml.

Seterusnya, tertuduh tidak berdaya mengawal kenderaan hingga melanggar seterusnya menyebabkan kematian kepada penunggang motosikal Honda EX5, Mohamed Zaili Mohamed, 44.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Tun Razak, jam 1.30 pagi hari ini.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM8,000 hingga RM20,000 dan penjara antara tiga tahun hingga 10 tahun serta lesen memandu dibatalkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat