Pemandu Mabuk Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Membunuh

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang peraih ikan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh kereta yang dipandu seorang kakitangan Alam Flora sehingga kemalangan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini atas tuduhan membunuh mangsa pada 25 Mei lalu.

Teoh Kian Peng, 42, dengan tenang mengaku memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Najwa Hashim.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Kian Peng yang memakai seluar pendek dan t-shirt putih didakwa membunuh Irwan Herman Kamarudin, 42, di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Petronas Bukit Rangin jam 9.20 malam pada 25 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abd Ghani memaklumkan tiada sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh memandangkan tuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sementara tertuduh diwakili peguam Tay Yi Kuan.

Beliau memohon kepada mahkamah agar memberikan tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kimia.

Mahkamah menetapkan 8 Julai depan sebagai sebutan kes.

Pada 26 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan seorang kakitangan Alam Flora sedang dalam perjalanan ke tempat kerja maut akibat dilanggar pemandu mabuk di Jalan Pintasan Kuantan secara melawan arus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat