Wilayah Persekutuan Timbang Cadangan Beku Lesen Baru Jual Arak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak menolak kemungkinan untuk membekukan semua aktiviti pengeluaran dan penjualan arak susulan kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi sejak mutakhir.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa menegaskan cadangan pembekuan mungkin dilaksanakan sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan pihaknya.

“Dengan (kekerapan) berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

“Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan,” katanya ketika menciap di Twitter miliknya, hari ini.

Kejadian kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin tidak terkawal dan terbaru seorang penghantar makanan FoodPanda menjadi mangsa seterusnya dalam satu kejadian, awal pagi tadi.

Nahas itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di Lebuh Raya Iskandar menghala ke Kuala Lumpur.

Semasa berada di kawasan tersebut, motosikal yang ditunggang oleh mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dirempuh dari arah belakang oleh pemandu lelaki di bawah pengaruh alkohol yang memandu kereta Nissan Livina.

Katanya, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat