Dipenjara Secara Salah Hampir 37 Tahun, Lelaki Ini Menjadi Artis

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Archie William berumur 22 tahun ketika dia dituduh merogol, merompak dan menikam seorang wanita kulit putih pada tahun 1982.

Wanita itu berulang kali mengenalpasti dia sebagai perogolnya walaupun Archie mendakwa sedang tidur di rumah pada waktu kejadian itu dikatakan berlaku.

Tiada kesan cap jari milik Archie ditemui di tempat kejadian.

Akhirnya, berikutan status sebagai orang kulit hitam di samping tidak mampu membiayai kos guaman yang panjang dan mahal, Archie menyerah dan dihukum penjara seumur hidup tanpa parol pada tahun 1983.

Hasil inisiatif sebuah NGO yang khusus membantu mereka yang dihukum secara salah hasil perkembangan teknologi berkaitan DNA dan sistem pengesanan cap jari yang lebih maju, telah memberi peluang kedua kepada Archie. Beliau akhirnya didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari penjara Mac tahun lepas – selepas hampir 37 tahun dipenjarakan.

Pada usia 58 tahun, setahun selepas pembebasannya, Archie menyertai rancangan popular American Got Talent (AGT) dengan persembahan bertajuk “Don’t Let The Sun Go Down On Me”.

Juri-juri rancangan tersebut, terpegun dengan kisah Archie dan persembahan yang diinspirasikan dari pengalamannya dan memberikan standing ovation kepada beliau. Seorang daripada mereka, Simon Cowell berkata ” Saya tidak pernah mendengar sesiapa pun menyanyikan lagu itu seperti mana kamu menyanyikannya”.

Rancangan itu, dimana persembahan Archie dirakamkan, bagaimanapun belum disiarkan dan akan menemui penonton tidak lama lagi – CNN

Terjemahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,559FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat