Zahid Nafi Bawa Dokumen Mahkamah Jumpa Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam menafikan dakwaan beberapa orang di media sosial, kononnya beliau hadir membawa dokumen Mahkamah dalam satu perjumpaan di rumah seorang bekas Perdana Menteri pada 23 Feb yang lepas – merujuk kepada sekeping gambar pertemuan tersebut yang Tular di media sosial.

Kata Zahid, perjumpaan itu ialah tentang cadangan penubuhan sebuah kerajaan Perpaduan tanpa PAN, PKR (Anwar) dan DAP kepada bekas Perdana Menteri yang berkenaan.

Jelas Zahid, “Namun sokongan ditarik balik apabila (bekas Perdana Menteri berkenaan) pada Selasa mencadangkan kerajaan Perpaduan semua parti yang melanggar persetujuan awal.”

Tambah Zahid lagi, “Presiden Parti yang hadir membawa SD dan bukannya dokumen mahkamah seperti ditulis beberapa orang. Saya hadir membawa mandat ahli dan pimpinan UMNO, tidak lebih daripada itu.”

“Hanya mereka yg tidak mahu berfikir akan percaya fitnah-fitnah itu. Adakah dalam perjumpaan seramai itu akan dibincang hal peribadi sedangkan isu utama adalah mengenai perubahan kerajaan?”

“Baru sahaja kita berpuasa sebulan tapi fitnah sudah menguasai kembali”, sindir Zahid.

Berdasarkan rekod, gambar itu pertama kali dikeluarkan dalam akaun media sosial seorang ketua penerangan pemuda negeri sebuah parti politik semasa mengulas krisis dalaman parti berkenaan.

Tindakan tersebut bagaimanapun menimbulkan rasa tidak senang penyokong bekas pengerusi parti yang dipecat dan dia kemudian membalas dengan sekeping gambar lain (di luar rumah pula) tapi dalam masa yang sama, membuat tuduhan tidak berasas itu terhadap Zahid.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat