Teknologi AR pelajar POLIMAS ubah realiti pembinaan taman permainan maya

Oleh Zihan Zari

JITRA – Siapa sangka, hanya dengan imbasan kod QR, dan ianya bukan fantasi, sebuah taman permainan maya muncul secara realistik di depan mata! menggunakan teknologi AugmentedReality (AR).

Terbukti kehebatan AR melalui aplikasi AHC PlaySpaceAR yang dibangunkan oleh dua pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Zarith Nurul Aina Sobri dan Hizaril Ahmad Habibullah telah memukau panel penilai sehingga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Pengarah (Projek Terbaik Keseluruhan) dalam Pertandingan Projek Akhir POLIMAS (FYPCom@POLIMAS 2026) di Dewan Sri Mas POLIMAS, dekat sini baru-baru ini.

Projek futuristik hasil ciptaan dua pelajar Diploma Teknologi Maklumat itu bukan sahaja meraih gelaran tertinggi, malah turut menyapu bersih Anugerah Platinum 1 dan Anugerah Emas. Kejayaan luar biasa ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai serta sijil pengiktirafan.

FYPCom@POLIMAS 2026 merupakan acara tahunan berprestij bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan inovasi serta idea-idea baharu yang mampu mengubah landskap industri.

Majlis perasmian penutupannya telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi POLIMAS, Noor Azmiza Ideris, mewakili Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS.

Noor Azmiza menyifatkan hasil kerja pelajar tahun ini sebagai bertaraf tinggi dan sangat relevan dengan tuntutan pasaran kerja serta projek yang dipamerkan mencerminkan semangat inovasi yang luar biasa.

“Keupayaan pelajar mengintegrasikan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Of Things (IoT) membuktikan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kita bukan sahaja mahir teknikal, malah mampu menjadi penyelesai masalah industri yang Mampan,”katanya.

Dalam pada itu, AHC PlaySpaceAR, yang dibangunkan oleh Zarith Nurul Aina dan Hizaril Ahmad di bawah bimbingan pensyarah penyelia Rosnida Baharuddin, membolehkan kontraktor dan pelanggan melihat visual taman permainan dalam bentuk 3D secara masa nyata sebelum ia dibina.

“Kami ingin memudahkan urusan industri pembinaan dan melalui aplikasi ini, pengguna boleh ‘meletakkan’model taman permainan di lokasi sebenar serta mengubah suai saiz serta kedudukannya secara interaktif,” jelas Zarith Nurul Aina.

Menurut Rosnida, inovasi ini bukan sekadar untuk penilaian akademik, tetapi telah direka untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan mengurangkan pembaziran sumber melalui simulasi awal yang tepat.

FYPCom@POLIMAS 2026 sekali lagi membuktikan bahawa institusi TVET merupakan ‘kilang’ utama dalam melahirkan pencipta teknologi masa hadapan yang kreatif, berani, dan kompeten. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat