SOMMNI & PONEY laksana CSR, kerjasama dengan KPWKM

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – SOMMNI Bedding (SOMMNI) dan PONEY Group (PONEY) telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Ketua Pegawai Eksekutif SOMMNI, Kevin Tan telah menyerahkan sumbangan 100 unit tilam bernilai RM35,000 untuk disalurkan kepada 6 buah institusi dan rumah kanak-kanak yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi kegunaan penghuni agar mereka dapat tidur dengan lebih selesa.

KPWKM dalam kenyataannya berkata, Menterinya, Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri telah menghadiri majlis Pelancaran Heart and Homes : Aidilfitri Charity Launch with SOMMNI and PONEY di IOI City Mall pada Isnin.

Beliau berkata, majlis ini merupakan sebahagian daripada usaha kolaborasi strategik awam dan swasta menjalankan CSR menyaksikan kerjasama antara peneraju industri bilik tidur, SOMMNI dan jenama pakaian kanak-kanak terkemuka PONEY yang menyantuni kumpulan sasar KPWKM.

Katanya lagi, kerjasama strategik ini menunjukkan hubungan yang harmoni antara kerajaan dan swasta dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Pihaknya mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat dan swasta untuk menjalankan program CSR bersama agensi di bawah KPWKM demi kesejahteraan kumpulan sasar.

“Kerjasama seperti ini membuktikan bahawa setiap individu berupaya memainkan peranan mengikut kapasiti masing-masing dalam memberi impak yang besar kepada masyarakat, terutamanya golongan yang memerlukan, ”menurut kenyataan itu lagi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff; Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron dan Ketua Barang Dagangan PONEY, Amanda Tan. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat