Parti Pejuang Dapat Kebenaran Mahkamah Cabar Keputusan ROS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) berjaya memperoleh kebenaran untuk mencabar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan Menteri Dalam Negeri atas kegagalan mereka memberikan sebarang jawapan atas rayuan yang dibuat selepas pendaftaran mereka ditolak, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid memutuskan demikian selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat pada prosiding hari ini.

Hadir pada prosdiding hari ini ialah Peguam Kanan Persekutuan, Mohd. Sabri Othman bagi pihak RoS dan menteri yang dinamakan sebagai responden manakala Pejuang diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 April ini untuk pengurusan kes tersebut.

Pada 1 Mac lalu, Datuk Wira Amiruddin Hamzah selaku Setiausaha Jawatankuasa Penaja parti itu memfailkan semakan tersebut atas dakwaan responden telah tidak menjalankan tanggungjawabnya apabila sehingga hari ini masih gagal memberikan sebarang keputusan mengenai rayuan mereka bertarikh 8 Januari lalu.

Pejuang selaku pemohon memfailkan rayuan tersebut selepas responden itu pada 7 Januari lalu menolak pendaftaran Pejuang kerana tidak mematuhi Akta Pertubuhan 1966.

Pada tarikh sama, RoS turut menolak pendaftaran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) atas alasan sama.

Menurut permohonan tersebut, kegagalan responden membuat keputusan atas rayuan mereka adalah satu tindakan yang salah, berniat jahat dan bercanggah dengan pengharapan sah (letigimate expectation) pemohon.

“Kegagalan itu juga merupakan satu bentuk percubaan yang tidak wajar untuk menafikan hak keperlembagaan pemohon untuk berpersatuan dan hak keperlembagaan Pejuang untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum akan datang dengan menggunakan logonya sendiri,” kata Amiruddin.

Kegagalan responden memberikan jawapan atas rayuan yang dikemukakan juga telah menyebabkan segala pergerakan operasi dan urusan pentadbiran pasti itu terganggu sehingga menimbulkan kesan negatif terhadap Pejuang.

Oleh itu, Pejuang antara lainnya memohon satu deklarasi bahawa kedua-dua responden telah melanggar kewajipan statutorinya selepas gagal membuat sebarang keputusan mengenai rayuan parti itu.

Pemohon juga menuntut satu perintah mandamus (mendesak) terhadap RoS untuk memberikan keputusan terhadap rayuan mereka dan memuktamadkan pendaftaran parti Pejuang dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman.

Turut dimohon ialah kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat