Perak Belum Muktamad Keputusan Jual Air Mentah Kepada Pulau Pinang

PARIT: Kerajaan negeri masih belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai penjualan air mentah kepada Pulau Pinang.

Sebaliknya Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya sedang memberi keutamaan penyaluran sumber berkenaan ke kawasan domestik, terutama di daerah Kerian terlebih dahulu.

“Pada peringkat ini, kita sedang mengkaji sama ada air Sungai Perak mencukupi atau tidak untuk kegunaan domestik. Kita hendak tolong petani dan pesawah di daerah Kerian, kerana mereka selalu terputus (bekalan) air, (pada) musim kemarau.

“Tiada keputusan muktamad. Kita kena kaji dulu (jual air ke Pulau Pinang). kerana keperluan yang mendesak ini adalah untuk kegunaan petani di daerah Kerian,” katanya selepas merasmikan Pusat Digital Komuniti Lambor di Pejabat Penghulu Mukim Lambor, di sini.

Terdahulu, Saarani turut melawat Jambatan Lambor yang menghubungkan Kampung Lambor Kiri dan Kampung Lambor Kanan merentasi Sungai Perak, Ladang Ternakan Ayam Kampung Dusoon Sara Farm di Lambor Kanan dan merasmikan Majlis Santai Mesra bersama Orang Asli di Kampung Suak Padi, di sini.

Ditanya mengenai sekiranya masih terdapat perbincangan dengan kerajaan Pulau Pinang mengenai penjualan sumber air itu, Saarani berkata beliau pernah berjumpa Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow baru-baru ini secara tidak rasmi, dan beliau masih menyatakan hasrat untuk membeli air mentah berkenaan.

“Beliau (Kon Yeow) menyatakan hasrat dia, malah saya difahamkan kerajaan sebelum ini telah ada perbincangan awalan tetapi pendirian kita tetap sama, belum ada muktamadnya kerana kita belum buat kajian,” tambahnya.

– BERNAMA

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Dr M dan Pejuang boleh sertai PN tapi tak boleh letak syarat – Hamzah

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima pengikut baharu ke dalam gabungan itu sekiranya bekas...

Adham kecewa kes harian Covid-19 tak turun kepada 500

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila mengakui unjuran penurunan kes positif Covid-19 pada Mei ini...

Tiada Cadangan Laksana PKP Secara Menyeluruh – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP...