UMNO Perlu Akur Menterinya Terus Berkhidmat Dalam Kerajaan PN

KUALA LUMPUR: UMNO seharusnya akur dengan kebolehan dan sumbangan semua menteri daripada parti itu, sekali gus ‘merestui’ mereka untuk terus kekal berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata apa yang utama buat masa ini adalah agenda, usaha dan perancangan kerajaan dapat diteruskan untuk kepentingan rakyat serta negara.

“Keberadaan mereka dalam Kabinet harus dilihat dengan cara ia bukan berikan kelebihan kepada PN atau sesiapa tetapi sebenarnya untuk rakyat,” katanya dalam program ‘Malaysia Petang Ini’ yang disiarkan secara langsung di Bernama TV semalam

Katanya, penglibatan mereka dalam kabinet menandakan pemimpin UMNO itu diberi pengiktirafan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melihat sumbangan dan peranan mereka itu besar dan memberi makna.

“Dalam konteks sekarang ini, parti harus memberikan keutamaan kepada apakah sumbangan parti kepada rakyat dan biarkan rakyat sendiri menilai pemimpin atau pun tokoh yang menjadi anggota Kabinet itu.

“Sudah pasti ahli parti juga harus melihat kenapa perlu khuatir dengan kebolehan pemimpin mereka yang diberikan jawatan oleh Perdana Menteri sendiri yang mana keterlibatan mereka dalam perancangan kerajaan sejak awal memberikan impak,” katanya.

Beliau, yang juga Pensyarah Sosiologi Politik dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), berkata sekiranya UMNO kekal dengan pendirian untuk tidak meneruskan kerjasama dengan PN, ia seharusnya dibuat ketika keadaan negara lebih menentu dan stabil.

Katanya, ini bagi mengelakkan rakyat dari menyalahkan pemimpin UMNO kononnya mereka lebih mengutamakan kepentingan atau personaliti tertentu daripada kepentingan rakyat.

“Hari ini rakyat meneliti, memahami dan juga melihat apa yang berlaku dan dikhuatiri itu akan memberikan impak besar jika keputusan-keputusan seperti ini dibuat dalam masa yang tidak sesuai.

“Barangkali harus menunggu sehingga keadaan lebih stabil dan lebih menentu… ketika itu keputusan barangkali lebih bersifat rasional daripada bersikap emosional,” katanya.

Sivamurugan berpendapat keputusan untuk kekal dalam kerajaan tidak menandakan bahawa menteri-menteri tersebut ingkar kepada suara akar umbi memandangkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak membuat keputusan bila mereka perlu keluar dan melepaskan jawatan dalam kerajaan.

“Tiada satu keputusan yang dibuat kecuali kenyataan beberapa pemimpin yang mendesak supaya para menteri UMNO ini segera keluar dari Kabinet… ia tidak selari dengan apa yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO untuk memberikan mandat pada MT untuk membuat keputusan,” katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...