KM Melaka Syor Pengamal Media Terima Vaksin Fasa 2

- Advertisement -

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menyenaraikan pengamal media di negeri itu sebagai penerima vaksin COVID-19 fasa kedua yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Beliau berkata, sebagai antara petugas barisan hadapan negara, pengamal media dilihat wajar untuk menerima vaksin berkenaan lebih awal kerana tugasan di lapangan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada virus berkenaan.

“Insya-Allah saya akan mencadangkan kepada KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menyenaraikan pengamal media di Melaka untuk menerima vaksin COVID-19 untuk fasa kedua ini.

“Media memainkan peranan penting dalam melaporkan berita dan sewajarnya mereka menerima suntikan vaksin COVID-19 lebih awal,” katanya selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) peringkat negeri, di Jabatan Penyiaran Melaka, Jalan Taming Sari di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Penyiaran negeri, Mohd Yusri Mohd Ali.

Seramai kira-kira 100 pengamal media cetak dan elektronik daripada pelbagai agensi berkhidmat di Melaka ketika ini.

Sementara itu, Sulaiman berkata, kerajaan negeri menghargai peranan RTM yang sudah bersiaran di negeri ini sejak 75 tahun lalu.

Katanya, bermula daripada bangunan Stadthuys (Bangunan Merah) sehingga ke premis kekal di Jalan Taming Sari itu, RTM Melaka adalah satu daripada medium penyampaian maklumat terkini yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat, saya merakamkan terima kasih kepada RTM yang menjadi penghibur di kala sunyi serta penyampai maklumat tepat kepada rakyat.

“Saya juga berterima kasih kepada Melaka FM yang menyediakan satu slot kepada saya serta wakil rakyat untuk bersiaran selama sejam setiap bulan.

“Saya doakan RTM mengekalkan prestasi cemerlang sebagai medium maklumat terbaik di negara ini,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat