BTS dicalon Anugerah BRIT pula

Seoul: Kumpulan BTS mencipta sejarah lagi apabila menjadi artis Korea pertama dicalonkan dalam acara berprestij Anugerah BRIT yang bakal berlangsung pada 11 Mei ini.

BTS dicalonkan dalam kategori Kumpulan Antarabangsa Terbaik di mana mereka bersaing dengan nama-nama hebat termasuk Foo Fighters, Run The Jewels, Haim and Fontaines DC.

Semalam, British Phonographic Industry (BPI) mengumumkan secara rasmi calon-calon bertanding untuk Anugerah BRIT dan kumpulan itu menerima pencalonan sulung mereka.

Menjadi acara berprofil tinggi untuk muzik industri British, setiap tahun anugerah itu mengiktiraf pencapaian karier seni artis. Kategori Kumpulan Antarabangsa Terbaik itu kembali dimasukkan dalam anugerah selepas ditiadakan tahun lalu.

Tahun ini, pencalonan didominasi penyanyi pop sensasi, Dua Lipa. Dua dicalonkan dalam kategori Artis Wanita Solo Terbaik, British Single, dan Album Terbaik.

Acara itu bakal dihoskan Jack Whitehall dan dijadualkan berlangsung di O2 Arena, London.

Terdahulu, BTS turut dicalonkan di Anugerah Grammy dalam kategori Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik namun tewas kepada Lady Gaga dan Ariana Grande.

Agensi

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...

Himaya, artis jayakan kempen anti buli siber

Kuala Lumpur: Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk...