PM Tiba Di Sarawak Untuk Lawatan Rasmi

KUCHING: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini bagi mengadakan lawatan kerja dua hari di Sarawak.

Pesawat khas membawa rombongan beliau tiba di lapangan terbang itu pada jam 9.37 pagi disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri, Datuk Dayang Morliah Awang Daud.

Perdana Menteri mempunyai program yang padat dengan hari ini beliau dijadual menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Penjawat Awam di Hotel Waterfront, lawatan ke pusat vaksin di Stadium Perpaduan Petra Jaya serta melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri juga dijadualkan menghadiri sesi balai rakyat ‘Wawasan Kemakmuran Bersama 2030’, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Pada sebelah malam, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), dijangka mengadakan perjumpaan bersama Abang Johari serta barisan kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS). – BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Polis Panggil Suami Bekas Gabenor BNM Berkaitan Kes Dana 1MDB

PETALING JAYA - Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz, dilaporkan memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)...

Penghantar Makanan Grab Maut Dihempap Pokok Tumbang

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat dan ribut petir di Taman Len Seng, Cheras, di sini...

PKP Di Sandakan Bermula Esok, Tawau Dilanjutkan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Sandakan, Sabah berkuat kuasa 17 hingga 30 April ini, manakala PKP di daerah...