PH belum pilih calon MB Johor – Sallahuddin

- Advertisement -

BAKRI – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) masih belum memuktamadkan calon Menteri Besar Johor,” kata Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut beliau setakat ini calon menteri besar bagi bagi Pakatan Harapan (PH) masih diperingkat perbincangan oleh Majlis Presiden.

“Calon Menteri Besar Johor itu saya rasa mungkin Majlis Presiden PH akan bincang dalam tempoh terdekat ini.

“Saya tak mahu komen kerana saya juga bertanding di DUN Simpang Jeram ini. Tapi setakat sekarang ini PH belum bincang calon menteri besar Johor,” kata beliau ketika ditemui di sini, pada Selasa.

Sebelum ini timbul ura-ura bekas Menteri Pendidikan, yang juga calon DUN Layang-layang Maszlee Malik telah disebut-sebut sebagai antara nama calon Menteri Besar Johor seandainya PH memenangi PRN.

Dalam pada itu, Salahuddin yang Naib Presiden PH memaklumkan setakat empat hari berkempen di Johor nampaknya parti-parti politik bertanding menyerlahkan kematangan berpolitik.

“Serangan peribadi. So far so good. Saya harap kematangan berpolitik begini akan dapat dipelihara buat masa ini tidak ada serangan peribadi. No issue under the belt.

“Kita tidak mahu mengaibkan seseorang dengan isu-isu peribadi tapi kita mahu membuktikan kita lebih matang.

“Isu keselamatan Johor, buka sempadan lebih cepat, isu memulihkan ekonomi Johor itu yang kita bawa,” kata Ahli Parlimen Pulai Itu lagi.

Salahuddin menyeru pengundi Johor yang disifatkan beliau sebagai ‘dipaksakan’ berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya bijak memilih parti yang membuktikan mengutamakan rakyat.

“Tolak parti yang bermain politik untuk puaskan nafsu dan kepentingan politik seperti UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN),” gesa penyandang DUN Simpang Jeram itu. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat