Martabatkan Bahasa Melayu, Ismail Sabri Cakap Serupa Bikin

- Advertisement -

Jarang sekali atau inilah kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia telah menggunakan Bahasa Melayu ketika mesyuarat dua hala dan sidang media bersama ketika lawatan rasmi ke Brunei dan Kemboja sebelum ini.

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi tidak segan silu memertabatkan Bahasa Melayu diperingkat antarabangsa dalam rawatan rasminya di Thailand.

Langkah Ismail Sabri ini bukanlah satu langkah terbelakang dan seharusnya kita berbangga apabila Bahasa Melayu di angkat lebih tinggi oleh seorang Perdana Menteri.

Tindakan memperkasakan Bahasa Melayu ini sekaligus memartabatkan bahasa ibunda kita ke persada yang lebih luas terutamanya rantau ASEAN.

Pada November 2021, beliau menasihati dan menegur agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negara ini kerana lebih mengutamakan Bahasa Inggeris dalam majlis, mesyuarat, persidangan, projek dan produk mereka.

Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta supaya Bahasa Melayu digunakan dalam program yang dianjurkan dengan meluas selepas ini.

Namun beliau berkata, adalah menjadi peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan Bahasa Melayu terus berkembang.

Itulah Ismail Sabri, beliau tidak cakap tak serupa bikin (walk the talk)!

Daripada:

Ahmad, Cyberjaya

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat