Kerusi ke-57 Larkin : MUDA tak hormat, gerun dengan PKR?

- Advertisement -

MUAR – Tan Sri Shahrir Samad mempertikai taktikal politik Parti MUDA yang mencetuskan pertembungan dengan PKR di Larkin.

Veteran UMNO itu mempersoalkan tindakan parti sekutu MUDA dan PKR yang masing-masing enggan mengalah merebut DUN Larkin menjadikan perebutan 57 daripada 56 kerusi DUN di Johor.

“Apabila saya menulis bloc Pakatan Harapan (PH), PKR dan MUDA bertanding 57 kerusi DUN dari jumlah 56 kerusi kerana PKR dan MUDA bertembung sesama sendiri di DUN Larkin, ada yang bertanya saya ‘apa sebab DUN Larkin jadi rebutan?’

“Entahlah, mungkin ia strategi bloc PH + PKR + MUDA istimewa dalam PRN Johor.

“Ini tentunya saya tak tahu perkiraan dan falsafah politik parti MUDA,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru menyifatkan langkah MUDA sebagai tidak menghormati dan tidak gentar dengan Ahli Parlimen Johor Bahru yang juga Ketua AMK, Akmal Nasir.

“Dah lah tidak hormat, kalau pun tidak gerun, dengan ahli Parlimen Johor Bahru yang menang besar pada PRU14 dan juga pemimpin tertinggi PKR di peringkat kebangsaan.

“Atau adakah kerana calon BN di DUN Larkin pula juga Ketua Pemuda UMNO/BN negeri Johor? Soal Shahrir

Jelas beliau, pada PRU14, undi BN di DUN Larkin hanya 16,422 manakala undi PH (calon Bersatu) ialah 25,012 sedangkan undi PAS ialah 3,233.

“Jadi 4 tahun dulu, jumlah undi yang tidak kepada BN adalah sebanyak 28,245 yang jauh melebihi undi BN.

“Tentunya ada logiknya apabila jumlah undi yang begitu besar itu menjadi rebutan antara PKR (yang mewakili bloc PH + PKR + MUDA) dan PN.

” Lagipun DUN itu dimenangi oleh Bersatu dan apabila bergabung dengan PAS dalam PN, tentunya 3,000 lebih undi PAS itu sudah ‘ada dalam tangan’! Tapi apa pasal MUDA letakkan calonnya pula?

“Sepatutnya MUDA kena hormat juga Ketua Pemuda PKR Kebangsaan, Akmal Nasir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru. Dia pun pemimpin muda juga. Syed Sadiq tak respek rakan lama dalam PH dulu ke?

“Terang-terang calon PKR untuk DUN Larkin mesti berharap kepada kekuatan dan pengaruh ahli Parlimen PKR itu. Lebih-lebih lagi kerana Dr Zamil didatangkan istimewa dari Pasir Gudang. Jadi takkanlah YB Akmal langsung tidak berkesan sebagai ahli Parlimen Johor Bahru semenjak PRU14?

“Atau, kalau ikut cakap omputih “Killing two birds with one stone.” Nak guna pepatah Melayu, “Sambil menyelam, minum air” kurang tepat,”kata Shahrir.

Kerusi DUN Larkin menyaksikan pertembungan enam penjuru pada PRN Johor, 12 Mac ini.

Calon berkenaan ialah Rasid Abu Bakar mewakili Parti MUDA, Hairi Md Shah dari BN dan calon PKR, Dr Zamil Najwah Arbain juga calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Bujang, selain pakar motivasi dan pendakwah bebas Norramadan Buan yang mewakili Bebas serta calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohamad Riadz Mohamad Hashim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat