Dah ada single solo

- Advertisement -

BAKAT baharu Syameer Azmi mungkin lebih dikenali di aplikasi TikTok, namun dalam industri hiburan arus perdana dia kini gigih memperkenalkan nama dan bakatnya.

Pun begitu, sudah rezeki Syameer bergelar penyanyi secara lebih serius apabila dia akhirnya muncul dengan single solo berjudul Alah Kantoi terbitan Awal Music Entertainment.

Berganding dengan penyanyi Shee sebagai rakan duet, menariknya single Alah Kantoi ialah lagu ini hasil ciptaan dan lirik ditulis Syameer bersama Knight Cydeen dan Syaf Ramli.

Berbicara mengenai Alah Kantoi, Syameer berkata dia amat gembira, teruja dan berterima kasih kepada semua pendengar dan peminatnya yang sudah mendengarkan lagu berkenaan.

“Terima kasih kepada semua penyokong saya dari zaman ‘cover’ lagu di Instagram sehingga sekarang kerana tetap setia dan terus memberi galakan agar tidak berputus asa.

“Kalian tetap terus mendoakan saya dan pada masa sama tidak pernah berhenti memberi kata-kata semangat. Begitu juga, saya ingin berterima kasih kepada Awal Music Entertainment kerana memberi kepercayaan.

“Alhamdulillah, apa yang saya impikan selama ini sudah tertunai dan menjadi kenyataan. Malah, saya juga gembira dengan hasil pembikinan muzik video Alah Kantoi yang kini sudah dilancarkan dan boleh ditonton di YouTube,” katanya.

 

KISAH sebenar menjadi ilhamSyameer dalam penulisan lirik.
KISAH sebenar menjadi ilhamSyameer dalam penulisan lirik.

 

Menurut Syameer, apa yang diharapkan lagi agar semua pihak pernah bekerjasama dengannya untuk lagu Alah Kantoi itu berasa ‘enjoy’. Ujarnya, dia sendiri amat menghargai pengalaman bekerja yang sudah ditimba bersama-sama.

Mengulas juga lirik lagu ditulis itu, Syameer berkata kisah penceritaannya berdasarkan apa yang pernah dilaluinya sendiri. Katanya, ilham susunan lirik itu dari kisah sebenar.

“Lirik lagu ini adalah gambaran dari kisah sebenar yang pernah saya alami sendiri. Jadi, saya luahkan segala perasaan dirasai dalam lagu ini. Malah, saya juga muatkan pepatah Melayu sebagai lirik.

“Apapun, semoga lagu Alah Kantoi lebih berjaya sekali gus terus menambat hati pendengar. Bahkan, saya juga gembira apabila jumlah tononan muzik video di YouTube semakin meningkat. Terima kasih,” katanya.

Rancak mempromosikan lagunya di media sosial, Syameer tampil mengetengahkan genre baharu dalam muzik dan boleh dianggap ia percubaan berani. Begitu juga konsep penceritaan yang diketengahkan dalam muzik video Alah Kantoi.

Dimuat naik di YouTube pada 18 Februari lalu, muzik video Alah Kantoi hingga kini sudah mencatat lebih 117,000 tontonan dengan kira-kira 653 komen yang kebanyakan dari pendengar mempunyai pandangan berbeza dan tersendiri.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat