Bersatu kuat politiking, mesti ada habuan sebalik lompatan ‘katak’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yakin mesti ada perundingan ‘istimewa’ yang menjadi punca ahli Parlimen PKR melompat parti menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, mesti ada perundingan dan tawar menawar.

“ Mesti ada sebab musabab. Takkan masuk percuma. Biasanya ada tiga sebab bila berlaku katak sikatak lompat.

“Pertama, tidak tahan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kedua tidak tahan tekanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Dan ketiga adanya tawaran jawatan Menteri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” jelas Puad.

Menurut beliau, katak bila melompat memang hodoh. Sudahlah lompatannya pendek, bila mendarat, dia terkangkang.

“Makin ramai katak dalam Bersatu dan PN. Awal dulu pengampu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dakwa tujuan darurat dan gantung Parlimen ialah kurangkan politiking.

“Terima dua katak dari PKR bukan politiking?

“Hipokritnya mereka. Bersatu lagi kuat politiking. Tetapi Agong bertitah “Parlimen boleh bersidang”. Politik mereka terkangkang,” bidas Puad.

Semalam, dua ahli Parlimen PKR keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas, mengakhiri khabar angin berhubung kesetiaan mereka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat