MP PKR Lompat Parti Berdepan Tindakan Undang-Undang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Majlis Pimpinan Pusat PKR telah membincangkan tindakan mahkamah yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang telah bertanding di atas tiket parti itu tetapi telah mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memohon maaf bagi pihak PKR kepada para pengundi di Julau dan Tebrau di atas sikap dua Ahli Parlimen yang telah membuat tindakan keluar parti semalam..

“ Majlis Pimpinan Pusat juga telah membuat keputusan untuk memecat YB Larry Sng, Ketua Cabang Julau, dan YB Steven Choong, Ketua Cabang Tebrau, sebagai anggota PKR dengan serta-merta,” tegas beliau dalam satu kenyataan media.

Ujarnya, walaupun dengan pengkhianatan dua Ahli Parlimen semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sedar bahawa majoriti Ahli-Ahli Parlimen sudah tidak lagi bersama beliau.

Saifuddin berkata, Muhyiddin sepatutnya tidak lagi berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang lemah ini, tetapi meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Apa yang jelas, pada ketika wabak Covid-19 masih merebak dan ekonomi negara terus suram, Darurat digunakan sebagai alasan mengekalkan kuasa kerajaan yang telah hilang sokongan majoriti iaitu dengan memberi masa untuk mendapatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen melalui ugutan mahupun tawaran jawatan dan habuan,” kata beliau.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, jentera PKR di kedua-dua cabang tersebut diminta melipat gandakan usaha mendampingi rakyat, menyelesaikan isu dan masalah, serta bersiap sedia mengambil semula kerusi-kerusi ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat