Teroka gunung, gua dalam negara

SEKTOR pelancongan yang ada ketikanya dilihat paling utuh dan tidak terjejas kini menerima akibat paling teruk serta memberi kesan kepada banyak pemain industri disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Justeru, jika selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti pelancongan dibenarkan seperti biasa, itulah masa yang paling sesuai untuk kita menyokong industri pelancongan tempatan.

Tidak ada kurangnya di bumi Malaysia ini untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Di sini penulis senaraikan lima lokasi ekopelancongan yang boleh menjadi pilihan kepada anda:

1. Keunikan Gunung Ledang, Johor

Gunung legenda ini sememangnya menjadi tumpuan si kaki mendaki. Laluan denainya begitu menarik untuk mereka yang bukan sahaja mendaki secara santai tetapi juga si pelari denai.

Ia mempunyai beberapa laluan masuk antaranya menerusi laluan Asahan di Melaka dan Sagil di Johor. Untuk mendaki gunung berketinggian 1,267 meter dari aras laut ini memerlukan permit dan menggunakan penunjuk arah.

Aktiviti mendaki ke puncak Gunung Ledang bagi pendapat penulis agak menarik kerana laluan denai yang pelbagai dari segi bentuk muka bumi iaitu tanah dan batu.

Bagi mereka, si pelari denai, untuk ke puncak Gunung Ledang sekiranya menggunakan laluan Asahan boleh tiba kurang tiga jam.

Panorama di puncak Gunung Ledang juga agak menarik kerana anda boleh menikmati awan karpet dan juga melihat tiga negeri iaitu Johor, Melaka serra Negeri Sembilan dari aras mata burung.

 

PEMANDANGAN Kangar dari puncak Bukit Lagi.
PEMANDANGAN Kangar dari puncak Bukit Lagi.

 

2. Dabong, Kelantan

Terletak di Kompleks Gua Ikan, Dabong di Kelantan sememangnya boleh memberi pengalaman kepada anda untuk menyaksikan keindahan curahan cahaya mentari yang unik di Gua Keris.

Kompleks Gua Ikan sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri kerana dipercayai sudah wujud sejak 150 tahun lalu dan aktiviti penerokaan pelbagai gua lain seperti Ikan, Keris dan Gelap boleh menjadi pilihan.

Menariknya apabila anda mengunjungi gua ini bersama penunjuk arah profesional bukan sahaja dapat merakam gambar yang menarik kerana mereka tahu mengenai lokasi terbaik. Malah penunjuk arah turut menceritakan perihal kejadian formasi yang berlaku bersandarkan kajian yang pernah dilakukan di gua-gua berkenaan.

3. Mencari Bangkai Pesawat di Gunung Berembun, Negeri Sembilan

Terletak di Jelebu, Negeri Sembilan, Gunung Berembun antara lokasi yang popular kepada golongan pendaki kerana di sana juga terletaknya Gunung Telapak Buruk.

Jadi, jika anda mendaki ke sana boleh ‘tapau’ dua puncak sekali gus sekiranya mempunyai masa dan kekuatan diri. Jangan lupa gunakan pen

unjuk arah berpengalaman bagi mengelakkan risiko kemalangan yang tidak diingini terutama sesat.

Di gunung ini juga terdapatnya lokasi tarikan untuk merakam gambar bangkai pesawat milik British pada 1945 dan serpihan pengangkutan udara yang bersepah akibat terhempas masih ada sehingga ke hari ini.

Jika anda ke sana, terdapat laluan yang sudah diletakkan papan tanda dan perlu berhati-hati untuk turun ke lokasi berkenaan kerana agak licin terutama jika musim hujan.

 

SERPIHAN pesawat Britsh terhempas di Gunung Berembun.
SERPIHAN pesawat Britsh terhempas di Gunung Berembun.

 

4. Mengintai hijau dari Bukit Lagi, Kangar di Perlis

Mendaki Bukit Lagi atau dikenali sebagai Gua Cenderawasih atau Gua Sami di Kangar, Perlis ini pada sebelah pagi sememangnya indah untuk melihat Bandar Kangar dari kaca mata burung.

Mempunyai laluan pendakian yang mudah dan mengambil masa kurang 45 minit ke puncaknya, menjadikan lokasi ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang gemarkan aktiviti mendaki secara santai.

Menariknya, apabila anda tiba di puncak Bukit Lagi, dapat melihat Bandar Kangar dan panorama hijau di sekelilingnya dengan cukup puas!

5. Keunikan Gua Bewah di Tasik Kenyir, Terengganu.

Gua Bewah adalah gua terbesar di Tasik Kenyir dengan pintu masuk melengkung 40 meter di atas paras air yang mengambil masa sekitar dua jam menaiki bot dari Jeti Pengkalan Gawi.

Penulis difahamkan pada sekitar 1970-an ahli arkeologi menjump

ai penemuan yang menarik di dalam gua berkenaan iaitu rangka seorang manusia prasejarah dan artifak primitif yang digunakan ketika Zaman Batu seperti periuk, kapak dan alatan kapur.

Malah anda juga dapat melihat beberapa jenis batuan yang masih berkilat dan ‘hidup’ ketika berjalan di atas jambatan di dalam gua berkenaan. Tidak ketinggalan juga terdapat batuan kristal yang boleh dilihat dari jauh.

Harian Metro

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Azira, Sharnaaz makin rapat?

KUALA LUMPUR: Cinta memang indah dan wangi untuk disulam, namun ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan. Tidak semua kisah percintaan nan indah berakhir di jenjang...

Reno5 F peranti moden kelas pertengahan buat pengguna

JENAMA telefon pintar global, OPPO melancarkan siri terbaharu, OPPO Reno5 F iaitu peranti pertengahan dilengkapi dengan ciri foto dan video baharu serta pengecasan pantas...

Pakcik botak tu bukan Joe Flizzow

Kuala Lumpur: "Pak cik botak tu bukan gua, siot!". Itu kata penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow, 42, berikutan kecoh di media sosial dirinya...