Taman Tugu Syurga Kuala Lumpur

- Advertisement -

Di tengah-tengah kepesatan, kesesakan dan menara-menara pencakar langit, Kuala Lumpur tidak pernah melupuskan hutan hijau yang menjadi jangtung membekalkan oksigen dan menyedut karbon monoksida yang dilepaskan oleh jutaan kederaan.

Antara kawasan hijau yang belum begitu disedari ialah Taman Tugu. Jika ditanya mengenai kawasan hijau di Kuala Lumpur pasti ramai yang menunjuk jari kepada hutan simpan Bukit Nenas yang bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur.

Majoriti pelancong dan penduduk tempatan hanya mengunjungi Tugu Negara dan kawasan reakreasi Tasik Perdana yang bersebelahannya tanpa menyedari ada projek hijau ‘rahsia’ yang turut berhempirannya.

Taman Tugu ini merupakan mercu tanda istimewa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Kedua mereka telah mencapai kata sepakat meminta Khazanah Nasional memulihara khazanah alam seluas 66 ekar ini.

Menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) konglomerat terbesar kerajaan, khazanah alam ini telah dipulihara dan dijenamakan semula sebagai Taman Tugu.

Menjelajah Taman Tugu adalah satu pengalaman yang sangat menakjubkan. Sebaik melepasi papan tanda selamat datang, pengunjung disambut dengan bunyi gamelan Melayu yang menenangkan seolah-olah memberi isyarat rimba ini penuh dengan kekayaan khazanah alam negara.

Jika ditanya penulis pagi adalah masa terbaik menelusuri denai dan laluan yang disediakan. Dengan cuaca yang dingin perjalanan anda tambah menarik diiringi kicauan burung, lompatan monyet dan tupai di antara dahan pohon -pohong yang menghijau. Ia boleh membuatkan kita lupa seketika bahawa hutan indah ini ada di Kuala Lumpur.

Sambil menelusuri hutan menyaksikan pokok-pokok menjalar dibias cahaya matahari, pengunjung berpeluang berehat dan bersantai di beberapa hentian yang disediakan. Menariknya ada natara hentian ini turut menyediakan buaian mengimbau kennagan zaman kanan-kanak.

Aliran anak sungai jernih dengan titi kecil menambah indah suasana rimba yang dijaga dengan baik itu.

Sebagai ganjaran bonus pada akhir penerokaan, pengunjung berpeluang berehat di atas menara tinjau yang memaparkan keseluruhan Taman Tugu yang hijau mekar.

Larik-larik mentari menembusi ranting pokok membuatkan resah dan tekanan kerja mahupun kehidupan seharian dilupakan selain berkeringat jantan selepas menjelajah seluruh jantung Kuala Lumpur itu.

Sepanjang eksplorasi “jungle trekking” di Taman Tugu lebih kurang 7 kilometer itu pengunjung berpeluang menyaksikan  lebih 5,000 pokok hutan hujan asli yang terdiri daripada 230 spesis.

Bagi anak-anak kecil, jelajah ke Taman Tugu adalah sekolah outdoor terbaik untuk belajar mencintai alam, mengenal pokok dan berkenalan dengan haiwan-haiwan penghuni secara langsung.

Agar apabila dewasa mereka tidak diperlekeh menjadi anak bandar yang tidak kenal alam.

Mengimbas sejarah sebelum Taman Tugu berdiri megah seperti yang wujud hari ini, siapa sangka tapak kediaman pegawai British sebelum merdeka itu terbiar dan menjadi lokasi tapak pembuangan sisa sampah haram.

Selepas Khazanah nekad mensucikan noda di situ, direkodkan lebih daripada 150 muatan trak sampah telah dikeluarkan dari tapak Taman Tugu yang mengandungi sisa buangan binaan, sampah domestik dan juga sarang penagih dadah.

Semua kotoran itu dibersihkan tanpa menggunakan sebarang jentera bagi memelihara landskap hutan yang indah tersebut.

Menurut Pegawai Pengurusan Projek Taman Tugu, Amirul Hakim Rosdin, Taman Tugu sesuai untuk orang awam seawal usia 3 tahun kerana rekaan trek semulajadinya yang selamat dan selesa untuk setiap peringkat umur.

Bahkan katanya, pelbagai aktiviti telah dianjurkan selain eksplorasi hutan iaitu kelas yoga, zumba, tanam pokok dan lain-lain kegiatan bermanfaat untuk komuniti Kuala Lumpur yang datang beriadah.

Untuk rekod sejak Taman Tugu dibuka kepada orang awam pada September 2018, lebih daripada 250,000 pengunjung telah hadir.

Kini, hujung minggu anda tidak lagi resah apabila sudah tahu di mana keresahan itu boleh diredakan, datanglah ke Taman Tugu nikmati keindahan alam hijau ciptaan Tuhan tanpa perlu memandu beratus kilometer hanya untuk mencari ketenangan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat