13,000 Bakul Makanan Ganti Kenduri Rakyat Diagih Di Wilayah Persekutuan – Annuar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sejumlah 13,000 bantuan bakul makanan bernilai RM750,000 diberikan dengan agihan meliputi 1,000 isi rumah dari kumpulan sasar di setiap kawasan Parlimen di tiga buah negeri Wilayah Persekutuan.

Memetik laporan Utusan, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia disumbangkan terus secara ‘one-off’ kepada golongan miskin bandar dan kelompok berpendapatan B40 pada hari ini.

“Ia kaedah baharu bagi menggantikan program Kenduri Rakyat yang lazim dibuat setiap kali sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari,” katanya.

Menurut beliau, bakul makanan itu berisi barangan keperluan asas diagihkan terus ke kediaman kumpulan sasar dengan kerjasama pihak Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

Inisiatif itu selaras tema tahun ini, Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin dengan program dianjurkan bersifat keprihatinan kepada golongan susah yang terkesan akibat isu Covid-19.

Ujarnya lagi, pelaksanaan program kali ini dibuat dengan pematuhan prosedur operasi standard ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Turut diadakan ialah Kempen Kibar Bendera, Wilayah Persekutuan Bermunajat, Pameran Digital Wilayah Persekutuan, Khutbah Jumaat Khas, Virtual Bike and Run dan Virtual Musikal, katanya, dipetik dari laporan tersebut.

“Salah satu program baharu ialah Pencahayaan Wilayah Persekutuan dengan tujuan bagi menggalakkan pemilik bangunan menyalakan lampu pada waktu malam,” katanya, yang melalui cara ini semua penduduk bersama keluarga berada di rumah dalam suasana meriah dan ceria sambil mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang bulan ini.

Beliau turut menyeru warga Wilayah Persekutusan meraikan sambutan secara kreatif dengan berkongsi gambar dan video melalui media sosial yang bertanda #WilayahPersekutuanWilayahPrihatin.

“Diharapkan, aktiviti ini memberi manfaat besar dalam usaha kementerian memupuk dan membudayakan penghayatan sifat keprihatinan dan kecaknaan warga,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat