1,600 Penduduk Labuan Terima Agihan [email protected] Hari Ini

- Advertisement -

LABUAN – Seramai 1,600 penduduk di sini bakal menerima bantuan beras melalui [email protected] bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, bermula hari ini.

Bantuan menerusi program Cakna Kemiskinan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan itu akan diagihkan tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat sepanjang bulan ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman, inisiatif [email protected] yang seiring dengan tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin, bertujuan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bantuan beras ini akan disalurkan setiap minggu,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan itu kepada 150 penerima yang layak menandakan bermulanya program [email protected] dan [email protected] yang menyasarkan golongan B40 dan miskin bandar. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,280FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat