Kekurangan Bekalan Telur Fenomena Sementara

- Advertisement -

Oleh Nik Syukri Ramli

KUANTAN : Isu kekurangan bekalan telur di pasaran tempatan adalah fenomena sementara dan kerajaan sudah mengambil langkah perlu bagi mengatasi masalah itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, antara keputusan segera dibuat kerajaan adalah membenarkan import telur bagi menstabilkan semula bekalan di negara ini.

“Sebenarnya dalam negara kita ini, ketiadaan (bekalan) telur adalah fenomena sementara dan sekarang kita mengatasi kekurangan tersebut dengan mengimport telur untuk memastikan bahawa jumlah (bekalan) cukup dalam pasaran.

“Kita (rakyat Malaysia) ini banyak menggunakan telur, purata satu hari 32 juta, maksudnya satu orang makan sebiji telur, jadi kalau ada yang tak makan (telur) dia boleh ‘cover’ baliklah buat mereka (pengusaha) yang buat kuih dan sebagainya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan kedai kek ‘Bake With Wawa’ di Kuantan, hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu pada 6 Disember lalu dilaporkan berkata kerajaan bersetuju mengimport bekalan telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai pelan jangka pendek untuk menampung keperluan bekalan dalam negara.

Katanya, kerajaan akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian yang ditetapkan selain protokol serta tatacara ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi.

Dalam pada itu, Fuziah turut memberitahu kekurangan bekalan telur di pasaran dapat diselesaikan selewat-lewatnya enam bulan lagi.

“Apa yang tak cukup sekarang ini dalam 14 peratus, kita import dan (fenomena) sementara kita dapatkan bekalan, mungkin mengambil masa dalam enam bulan, lepas itu insya-Allah kita dapat ‘stabilise’ balik bekalan,” katanya.

tamat

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat