Projek HSR Dibatalkan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Malaysia dan Singapura membatalkan perjanjian untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura, selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan berhubung perubahan yang dicadangkan. 

Kenyataan bersama Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lee Hsien Long dari Singapura dibuat selepas tempoh penggantungan untuk projek itu berakhir semalam.

“Berikutan impak pandemik Covid-19 ke atas ekonomi Malaysia, kerajaan Malaysia mencadangkan beberapa perubahan ke atas projek HSR.

“Kedua-dua kerajaan telah mengadakan beberapa perbincangan berhubung perubahan itu dan masih belum mencapai persetujuan. Justeru, Perjanjian HSR telah luput pada 31 Disember, 2020,” kata mereka dalam kenyataan itu. 

Malaysia dan Singapura akan menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai akibat dari penamatan perjanjian dan akan bertindak sewajarnya.

Pemimpin kedua-dua negara itu berkata mereka tetap komited dalam menjaga hubungan dua hala yang baik dan kerjasama erat dalam pelbagai bidang, termasuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara. 

Projek berkenaan dibekukan pada 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum. PH kemudian memohon dan mendapat penangguhan selama dua tahun dari Singapura dan membayar S$15 juta (RM45 juta) sebagai pampasan.

Pada Mei, Perikatan Nasional yang mengambil alih tampuk pemerintahan daripada PH meminta lebih banyak masa untuk meneruskan perbincangan. 

Singapura setuju memberi lanjutan terakhir sehingga 31 Disember.

Baru-baru ini Kabinet memutuskan Malaysia tidak akan bekerjasama dengan negara itu dalam projek yang dimeterai pada Disember 2016.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan Kementerian Pengangkutan Singapura memaklumkan Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura berdasarkan perjanjian dua hala.

“Singapura dan Malaysia menandatangani Perjanjian Dua Hala  Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) pada 2016. Pembinaan projak HSR kemudiannya digantung dari September 2018 hingga 31 Disember, 2020 atas pemintaan Malaysia, dengan persefahaman bahawa lanjutan tempoh penggantungan sehingga 31 Disember, 2020 itu adalah lanjutan terakhir,” kata kementerian itu.

“Malaysia sejak itu membenarkan BA HSR dihentikan, dan harus memberi ganti rugi kepada Singapura untuk kos yang telah dikeluarkan oleh Singapura dalam memenuhi kewajibannya di bawah BA,” tambahnya.

Singapura mengatakan hubungannya dengan Malaysia sangat mendalam dan merangkumi pelbagai aspek.

Tambahnya, ia mengharapkan hubungan baik yang berterusan dan kerjasama erat dengan Malaysia untuk kepentingan bersama kedua-dua negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat