Pemuda PKR Gesa PH Lupakan Kerjasama Semula Dengan Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Pemuda PKR (AMK), Akmal Nasir menggesa Pakatan Harapan (PH) bergerak ke hadapan dan melupakan cadangan kerjasama semula dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyokongnya.

“Sikap Mahathir menunjukkan seolah-olah kewujudan Pejuang hanya untuk menafikan kewibawaan Anwar sebagai ketua pembangkang dan pengerusi PH.

“Mahathir sewajarnya bermuhasabah atas sikapnya yang sering berdolak-dalik terhadap janji yang telah disepakati menjelang PRU14.

“Kami juga merasakan telah tiba masanya untuk PH ‘move on’ daripada episod kerjasama dengan Mahathir,” kata Akmal, dipetik dari laporan Malaysiakini.

Ketua Pemuda PKR itu juga menyifatkan strategi politik melibatkan Mahathir dalam kerjasama PH sebagai sudah lapuk.

“PH perlu sedar bahawa penglibatan Mahathir yang cuba menunggang jenama ‘grand coalition’ hanya sekadar strategi pecah dan perintah yang sering dia gunakan, namun kali ini strategi itu sudah lapuk.

“Amat tidak masuk akal sekiranya ulang siar strategi lapuk ini mampu memperdaya dan memecah belah kesepaduan dan kesepakatan PKR dan PH,” katanya.

Terdahulu, semalam, Dr Mahathir mendakwa PH tidak akan dapat meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya.

Menurut Mahathir, kerjasamanya dengan PH semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu telah membantu meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap gabungan itu.

“Saya telah membantu pembangkang untuk menang (pada PRU14) kerana saya telah bawa sokongan orang Melayu.

“DAP yang tidak pernah memperoleh lebih daripada 18 kerusi, mendapat 42 kerusi kerana sokongan orang Melayu yang saya bawa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat