Tak cekap lawan Covid-19, Kit Siang cadang Adham tukar kementerian lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Memasuki tahun 2021, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap usaha Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba melawan penularan virus Covid-19 yang dianggap tidak cekap.

Katanya, salah satu masalah terbesar di Malaysia adalah kurangnya kepimpinan dan disiplin dalam kalangan hierarki tertinggi Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah tegas Kit Siang, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang tidak mempunyai seorang Menteri Kesihatan yang efektik dalam berhadapan dengan wabak Covid-19 ini, di sebaliknya, kita mempunyai seorang Menteri Kesihatan yang telah menghancurkan kredibilitinya sendiri dengan berbagai kesilapan seperti kenyataan “air suam untuk merawat Covid-19”, “500 negara” di seluruh dunia dan “15 negeri di Malaysia”.

“Akibatnya, beliau adalah orang yang terakhir yang mampu menjelaskan mengapa kita gagal melaksanakan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak Covid-19 ini.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu, Malaysia mencatatkan 790 kes Covid-19 dan dua kematian.

“Pada awal pagi ini, ketika kerajaan melanjutkan peraturan yang menjadi asas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini sehingga 31 Mac 2021, jumlah kes terkumpul di Malaysia telah melonjak 143 kali ganda kepada 113,010 kes, dengan kadar kenaikan harian sebanyak 2,525 kes (lebih daripada tiga kali ganda jumlah kes terkumpul semasa PKP mula dilaksanakan) dan 471 kematian akibat Covid-19.

“Adakah kita sedang ke arah suatu masa yang tidak menentu dengan Covid-19? Soal beliau.

Hal demikian Kit Siang mempersoalkan kemampuan kerajaan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadapnya dalam usaha melawan wabak Covid-19.

“Ujian yang penting kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sama ada beliau mampu melantik seorang Menteri Kesihatan yang berkebolehan untuk memimpin usaha yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak Covid-19.

“Sekiranya kerana kerapuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang bersifat “pintu belakang” ini menghalang beliau daripada memecat Dr. Adham Baba daripada Kabinet, adakah Perdana Menteri mampu untuk merombak Kabinet, untuk melantik seorang yang lebih berkepimpinan dalam untuk memimpin negara kita dalam usaha melawan wabak Covid-19 dan memindahkan Dr Adham Baba ke kementerian yang lain? Soal Veteran DAP itu dalam kenyataannya, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat