PAS Nafi ‘Makan Dua Kolam’, Hanya Mahu Besarkan ‘Kolam’

- Advertisement -

CYBERJAYA – PAS menegaskan pihak luar tidak wajar menilai parti itu daripada kaca mata mereka sendiri, sebaliknya perlu melihat gerak kerja serta pemahaman yang dimiliki ahli-ahlinya.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP), Azhar Yahya berkata, pihak tertentu yang melihat PAS ‘makan dua kolam’ sebenarnya telah membuat andaian meleset.

Menurut beliau, PAS kini sebenarnya sedang mencantumkan ‘kolam’ Muafakat Nasional (MN) dengan ‘kolam’ Perikatan Nasional (PN) untuk dijadikan kolam yang lebih besar.

“Sebenarnya isu makan dua kolam ini, mereka melihat PAS berjuang macam mana orang-orang yang berjuang meletakkan akal di hadapan dan meletakkan harta di hadapan, meletakkan nafsu di hadapan.

“Mereka ukur mengikut ukuran mereka dia tak ukur ikut ukuran PAS. PAS meletkkan al-Quran dan Sunnah di hadapan, meletakkan agama di hadapan, maka kami tak makan dua kolam, kami nak cantumkan dua kolam ini untuk jadi kolam yang sangat besar,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan media mengenai “cakap-cakap” oleh pihak tertentu yang menyifatkan PAS mengambil pendekatan selamat dan selesa apabila berada di dalam MN dan PN.

Mengulas lanjut Azhar berkata, PAS sanggup menjadi tukang korek untuk membesarkan kedua-dua kolam antara UMNO dan Bersatu yang merupakan gabungan parti yang turut disertai PAS.

“Kami sanggup jadi tukang korek di tengah-tengah itu untuk besarkan dua kolam tadi. Jadi walaupun kami penat, kami tembak sebelah menyebelah, kadang-kadang di sebelah sini ada yang nakal sebelah sini pun ada yang nakal.

“Bila dua-dua nakal tu tembak kami, tapi disebabkan kami tahu ada serangan nakal maka kena sabarlah… kehidupan kena sabar..dalam politik ini kalau tiada sabar lari dulu…maka kita kena sabar dan gabungkan dua-dua pihak ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat