PRN Sarawak: GPS menang 30 kerusi tanpa bertanding, kata Abang Jo

GEDONG, 28 Nov – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dengan 30 daripada 82 kerusi DUN itu, GPS memerlukan 12 lagi kerusi untuk memperoleh majoriti mudah.

Abang Johari, yang juga Pengerusi GPS, berkata kemenangan itu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran gabungan berkenaan dan hasrat mereka agar agenda pembangunan kerajaan negeri diteruskan.

“Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana adanya keyakinan rakyat di Sarawak terhadap pentadbiran GPS yang menguruskan negeri ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi kerusi DUN N.26 Gedong selesai di Dewan Masyarakat Gedong hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat