Abang Jo ingatkan calon GPS jangan tabur berlebihan, waspada setiap ucapan dirakam

KUCHING – Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan supaya tidak menjanjikan perkara berlebihan ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha meraih kepercayaan pengundi.

Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setiap calon perlu berhati-hati ketika berucap dan mengeluarkan kenyataan kerana setiap percakapan mereka berkemungkinan dirakam serta dinilai masyarakat.

Beliau berkata, calon juga perlu memahami batas tanggungjawab masing-masing dan tidak mudah membuat janji semata-mata untuk menarik sokongan pengundi.

“Jangan berjanji banyak sangat, orang lain bercakap, kita jadi pengantin.

“Boleh, tetapi selepas itulah kita bercakap, takut nanti kita dirakam kerana sekarang ini banyak tools,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas pada Majlis Penyerahan Watikah Calon GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menurut TVS.

Dalam pada itu, Abang Johari mengucapkan tahniah kepada semua calon yang diberikan amanah mewakili GPS dan mengingatkan mereka supaya bekerja keras sepanjang tempoh kempen.

Beliau turut menyuarakan harapan agar GPS mampu menyapu bersih kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

“Kalau boleh menang 82 semua kita nanti. GPS. Jadi saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya.

GPS mempertaruhkan 11 muka baharu selain mengekalkan penyandang berpengalaman bagi menghadapi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 12 Disember ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat