AGC pilih pertahan Institusi Diraja dalam kes semakan titah tahanan rumah Najib

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan komitmennya untuk mempertahankan institusi diraja dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan berhubung cabaran undang-undang terhadap perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

AGC dalam kenyataan media pada Selasa memaklumkan, pihaknya telah membangkitkan bantahan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan Badan Peguam Malaysia bagi mencabar perintah tahanan rumah yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Bantahan itu dikemukakan ketika pendengaran kebenaran untuk semakan kehakiman pada 12 November lalu, atas alasan keputusan yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dicabar melalui proses kehakiman (non-justiciable).

Permohonan Badan Peguam Malaysia itu berkaitan titah tahanan rumah terhadap Najib yang dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-64.

Menurut AGC, hujahan pihak-pihak berhubung perkara itu akan didengar pada 17 Mac 2027.

Menegaskan pendiriannya, AGC berkata pihaknya akan terus mempertahankan institusi diraja dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan dalam setiap tindakan yang diambil.

“Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara akan terus mempertahankan institusi diraja dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan dalam setiap tindakan yang diambil,” menurut kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat