DAP sudah umum 9 calon rebut kerusi PRN Sarawak

KUALA LUMPUR – Dua penyandang, Ahli Parlimen dan bekas pegawai kanan polis antara sembilan calon yang diumumkan DAP untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, setakat ini.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen akan mempertahankan kerusi Padungan, manakala Violet Yong kekal bertanding di Pending.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii pula akan bertanding di Batu Lintang, dalam usaha parti itu memperkukuh pengaruh di kawasan bandar.

Selain tiga nama berkenaan, DAP turut mengumumkan bekas superintendan polis Lim Nee Kon sebagai calon Opar, Michael Kong di Kota Sentosa, Jordan Soo di Batu Kitang dan Sim Kiat Leng di Batu Kawa.

Tujuh nama itu diumumkan pada Majlis Makan Malam DAP yang berlangsung di Kuching malam tadi, lapor Harian Metro di Sarawak.

Pada Jumaat lalu, dua calon diumumkan akan bertanding di kawasan Sibu, iaitu Irene Wong Lee Ting, 24, bagi kerusi Pelawan.

Lee Ting adalah pembantu khas kepada Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew sejak 2024.

Sementara itu, bagi kawasan Bukit Assek, DAP mempertaruhkan Stanley Chiew yang juga Setiausaha Sulit kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng.

Pada PRN-12, DAP bertanding di 26 kawasan dan menang di dua kerusi iaitu Padungan dan Pending, kedua-duanya di bandar raya berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat