KUALA LUMPUR, 19 November 2026 – Dalam dunia yang setiap detiknya begitu berharga, telefon pintar bukan lagi sekadar alat untuk berhubung, sebaliknya menjadi teman yang merakam cerita, menyimpan kenangan dan menzahirkan sisi kreatif seseorang.
Menyedari perubahan gaya hidup itu, vivo Malaysia memperkenalkan vivo V80, sebuah peranti yang menggabungkan keindahan seni reka bentuk, teknologi fotografi bertaraf flagship serta prestasi yang dibina untuk memenuhi keperluan kehidupan moden.
Majlis pelancaran vivo V80 yang berlangsung di Immersify Kuala Lumpur tampil dengan kelainan tersendiri apabila vivo Malaysia bekerjasama dengan Immersify untuk membawa tetamu menyelami pengalaman imersif 360 darjah yang diinspirasikan daripada keunikan warna Starwish Purple.
Menerusi permainan cahaya, warna dan visual yang mengelilingi ruang, pengalaman tersebut seolah-olah menghidupkan karakter reka bentuk vivo V80 dalam dimensi berbeza, sekali gus menjadikan acara pelancaran bukan sekadar memperkenalkan sebuah telefon pintar, tetapi turut meraikan pertemuan antara teknologi, seni dan kreativiti. Suasana imersif itu juga selari dengan tema ‘Shine As We Are’ yang mengangkat keunikan serta kebebasan setiap individu untuk mengekspresikan diri.

Ditawarkan pada harga bermula RM2,399, vivo V80 hadir dengan pendekatan yang cukup menarik menerusi tema ‘Shine As We Are’, seolah-olah mengajak pengguna untuk meraikan keunikan diri tanpa perlu menjadi orang lain.
Antara perkara yang mencuri perhatian pastinya pilihan warna Starwish Purple yang tampil dengan permainan cahaya dan pantulan seakan gugusan bintang. Bukan sekadar warna biasa, kemasan belakang telefon ini menggunakan teknologi Laser Holographic Lithography yang menghasilkan corak tiga dimensi dengan 3,600 imej beresolusi 4K.
Setiap perubahan sudut seolah-olah menghidupkan pantulan cahaya yang berbeza, menjadikan telefon ini bukan sahaja sebuah peranti teknologi, malah memiliki sentuhan seni tersendiri.
Keunikan itu turut diterjemahkan menerusi reka bentuk Flagship One-Piece Cold-Carved Glass yang menggabungkan panel belakang dan bahagian kamera daripada sekeping kaca sama. Hasilnya, penampilan lebih kemas, elegan dan selesa dalam genggaman.
Selain Starwish Purple, vivo V80 turut ditawarkan dalam pilihan warna Wander Green dan Vast Gray untuk pengguna yang lebih menggemari penampilan sederhana tetapi tetap bergaya.
Namun, di sebalik penampilannya yang memikat, kekuatan sebenar vivo V80 terletak pada keupayaan pengimejan yang menjadi antara tarikan utamanya.
Dilengkapi Kamera Super Telefoto ZEISS 50MP dengan zum optik 3x dan zum digital sehingga 100x, peranti ini memberikan ruang lebih luas kepada pengguna untuk meneroka dunia fotografi, khususnya dalam menghasilkan gambar potret yang lebih hidup dan mempunyai karakter tersendiri.
Menariknya, teknologi ZEISS 100mm Center-Stage Portrait membolehkan pengguna menghasilkan potret jarak dekat dengan kesan latar belakang kabur yang lebih semula jadi. Sementara itu, ZEISS 85mm Center-Stage Portrait pula menawarkan sudut komposisi lebih luas dengan sentuhan sinematik yang sesuai untuk rakaman tiga suku badan.
Gabungan kedua-dua ciri ini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menghasilkan gambar yang bukan sekadar cantik dipandang, tetapi turut mempunyai nilai estetika tersendiri.
Keupayaan tersebut diperkukuhkan lagi menerusi Kamera Utama ZEISS OIS 50MP dan Kamera Selfie Berkumpulan ZEISS 50MP yang dilengkapi fungsi autofokus. Malah, kedua-dua kamera hadapan dan belakang turut menyokong rakaman video 4K 60fps, sekali gus memberikan pengalaman lebih menarik kepada mereka yang gemar menghasilkan kandungan digital, vlog atau merakam momen bersama keluarga dan rakan.
Bagi pengguna yang gemar bereksperimen dengan gambar, vivo V80 turut menyediakan pelbagai fungsi kreatif berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Antaranya AI Best Face yang membolehkan ekspresi wajah terbaik dipilih daripada bingkai Live Photo, selain AI Erase, AI Magic Move dan AI Image Expander untuk memberikan lebih kebebasan ketika menyunting gambar.
Menerusi AI Creative Camera pula, pengguna boleh mencuba kesan pencahayaan seperti Glow, Sunlight dan Top Lighting bagi memberikan suasana berbeza kepada setiap rakaman.
Pendek kata, kreativiti tidak lagi terhenti ketika butang kamera ditekan kerana pengguna masih mempunyai ruang untuk mengolah hasil gambar mengikut cita rasa sendiri.
Dalam masa sama, vivo turut mengangkat semangat ekspresi diri menerusi kerjasama bersama tiga anggota kumpulan K-pop ENHYPEN iaitu JUNGWON, JAKE dan SUNGHOON yang dilantik sebagai vivo Friends di beberapa pasaran Asia Pasifik.
Kolaborasi itu memperlihatkan bagaimana teknologi fotografi boleh menjadi medium untuk menampilkan personaliti, gaya dan keyakinan diri, selari dengan mesej yang dibawa menerusi tema ‘Shine As We Are’.
Beralih kepada aspek ketahanan, vivo V80 tidak hanya mahu tampil cantik di mata, malah dibina untuk menemani pengguna sepanjang hari.
Peranti ini hadir dengan bateri BlueVolt berkapasiti 7,200mAh yang menggunakan Teknologi Anod Silikon Karbon Generasi Ke-4, membolehkan pengguna menikmati penggunaan lebih lama tanpa terlalu bimbang kehabisan bateri ketika berada di luar.
Sokongan pengecasan pantas 90W FlashCharge pula membolehkan bateri mencapai kapasiti 50 peratus dalam masa sekitar 30 minit. Ia pastinya satu kelebihan buat mereka yang mempunyai jadual padat dan tidak mempunyai banyak masa untuk menunggu telefon dicas.
Dari sudut prestasi, vivo V80 dikuasakan pemproses Qualcomm Snapdragon 7, dipadankan dengan RAM 8GB serta tambahan 16GB Extended RAM. Gabungan ini menyokong penggunaan pelbagai aplikasi secara serentak, selain memberikan pengalaman permainan yang lebih lancar.
Pengalaman visual turut menjadi antara keistimewaan peranti ini menerusi paparan 1.5K 144Hz Eye Protection Display dengan kecerahan puncak setempat sehingga 5,000 nits. Paparan yang menyokong 1.07 bilion warna itu memberikan visual lebih terang dan jelas, manakala ciri 1 Nit Ultra-Low Brightness membantu memberikan keselesaan ketika menggunakan telefon dalam suasana gelap.

Tidak ketinggalan, kehadiran OriginOS 7 membawa pengalaman penggunaan yang lebih pintar menerusi pelbagai ciri produktiviti berasaskan AI, termasuk Snap Note dan AI Recorder yang membantu pengguna menyusun nota, merakam perbincangan serta menghasilkan transkripsi dengan lebih mudah.
Ciri pemperibadian seperti StickIt, Wiggle Theme dan Pet Pals pula memberikan sentuhan lebih santai kepada antaramuka telefon, membolehkan pengguna mengubah penampilan peranti mengikut personaliti masing-masing.
Lebih menarik, vivo turut menjanjikan pengalaman penggunaan lancar sehingga 72 bulan menerusi teknologi pengoptimuman sistem, selain menyediakan kemas kini keselamatan selama enam tahun.
Dari aspek ketahanan fizikal, peranti ini dilengkapi perlindungan habuk dan air IP68 serta IP69, bingkai logam gred aeroangkasa dan kaca hadapan tahan hentakan hasil kerjasama pembangunan bersama SCHOTT.
Bagi meraikan pelancaran vivo V80, vivo Malaysia turut bekerjasama dengan Immersify untuk mempersembahkan pengalaman imersif 360 darjah yang membawa pengunjung menyelami dunia Starwish Purple.

Pengalaman itu menjadi satu lagi cara untuk menterjemahkan keindahan reka bentuk peranti berkenaan melalui permainan cahaya, warna dan ruang yang lebih interaktif.
Secara keseluruhannya, vivo V80 hadir dengan gabungan yang cuba memenuhi lebih daripada satu keperluan pengguna. Ia bukan sahaja menawarkan kamera berkeupayaan tinggi untuk mengabadikan kenangan, malah membawa reka bentuk yang menonjol, bateri berkapasiti besar serta ciri pintar yang menyokong kehidupan seharian.
Bagi mereka yang berminat, vivo V80 kini dibuka untuk prapesanan di Malaysia pada harga bermula RM2,399 dengan tawaran eksklusif bernilai sehingga RM2,042.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan ketersediaan, pengguna boleh melayari laman rasmi vivo Malaysia di www.vivo.com/my atau mengikuti perkembangan terbaru menerusi Facebook dan Instagram rasmi vivo Malaysia.


