Tony Pua sengaja cetus hasutan, hina kuasa Agong – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Ahli Parlimen DAP Tony Pua, menyebarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan dan hasutan yang disengajakan untuk meremehkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendedahan dokumen berkenaan membuka ruang kepada perdebatan dan polemik yang mempersoalkan serta menghina kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, tindakan itu amat dikesali kerana prosiding pengampunan diraja sepatutnya dihormati dan tidak dijadikan bahan perbalahan politik.

“Umno berpandangan penularan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan oleh bekas Ahli Parlimen DAP ini adalah satu bentuk penghinaan dan hasutan yang disengajakan untuk membuka perdebatan dan polemik mempersoalkan, menghina dan meremeh kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Asyraf turut mendakwa Tony Pua berterusan memperalatkan prosiding pengampunan diraja sebagai bahan perbalahan politik tanpa menghormati kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

Sehubungan itu, Umno mendesak kerajaan memberikan penjelasan segera mengenai proses, asas perundangan dan pihak yang meluluskan penyahklasifikasian minit mesyuarat berkenaan, termasuk sama ada perkenan Yang di-Pertuan Agong telah diperoleh.

Sementara itu, Umno turut menegaskan tindakan tegas perlu diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau prosedur bagi mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu dan keluhuran Perlembagaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat