MELAKA – Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata? keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membawa mesej keyakinan rakyat terhadap agenda penyatuan ummah serta tuntutan kepada pentadbiran yang adil dan berkebajikan.
Hadi berkata, mandat yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mencerminkan harapan rakyat untuk melihat pentadbiran yang bukan sahaja menjaga kebajikan, malah memelihara keharmonian masyarakat majmuk.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, Pas menginsafi tanggungjawab besar susulan kepercayaan itu dan beriltizam mengisi kemenangan menerusi agenda berkebajikan, berintegriti serta adil kepada semua.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Melaka, selain mengucapkan tahniah kepada kepimpinan PN dan BN, calon serta jentera parti yang menjayakan kempen pilihan raya.



